Saturday, March 5, 2011

Mana Bulan, Mana Bintang

Ku ingin berbaring
Merenung ke Bulan
Kerna itu pasti mengasyikkan
Indahnya suasana malam
Dan selama itu jua
Khayalku mula berlabuh

Malam setia menemani
Bintang seolah tersenyum mesra
Bulan seolah berdansa
Gugurlah Bintang
Jatuhlah Bulan
Jadilah milikku

Tiada secantik Bulan
Tiada seindah Bintang
Menyinari dada langit
Menyeri setiap malam

Terang terang
Bulan terang
Langit terang
Menghiasi alam
Seindah angkasa raya
Pelbagai warna lewat angkasa

Bilaku merindu
Seringku menatapmu
Mengharap setiap detik
Hanya ada aku dan kamu
Selamanya bersama
Bahagia

No comments:

Post a Comment